Tuesday, July 6, 2010

LIGA AMATUR TAIPING 2010


LIGA TAIPING - FORMAT DAN PERATURAN UMUM

Berikut dikemukakan format dan peraturan umum bagi pertandingan tersebut. Perlaksanaan terperinci dan peraturan khusus akan ditaklimatkan semasa sesi taklimat sebelum pertandingan dimulakan. Buat bayaran dengan memasukkan wang penyertaan sebanyak RM120 ke dalam akaun Maybank 508300209546 atas nama 'AGHON XQUEST'. Sila Klik untuk mengisi BORANG PENYERTAAN ONLINE.

Tarikh Pertandingan : Ahad 25 Julai 2010
Masa : 9.00 pagi hingga 5.30 petang.
Tempat : Bukit Merah Laketown Resort, Gunung Semanggul, Perak.
Tarikh Tutup Pertandingan : Sabtu 24 Julai 2010 jam 5.00 petang.
: Taklimat dan undian di tapak pertandingan.
Hadiah tempat pertama hingga keempat.

Setiap pasukan terdiri 4 orang pemain tanpa simpanan.
Pemain Div 3, Div 2 atau Div 1 dalam tempoh 2 tahun kebelakang tidak dibenarkan.
Yuran RM120.00 sepasukan percuma 500 pelet dan melayakkan setiap pemain:
1.Voucher diskaun Bukit Merah Waterpark
2.Apartment 2D1N harga istimewa RM50.00 sahaja
3.Keistimewaan ‘check out’ lewat.

Peralatan lengkap disediakan percuma
Peralatan sewaan juga disediakan untuk keselesaan pemain dengan harga RM30.00.
Peralatan dan kelengkapan sendiri dibenarkan guna tetapi akan diperiksa dan ditag.
Penggunaan ‘marker mekanikal’ dengan keupayaan tembak sebutir-sebutir sahaja.
Laras marker tidak boleh lebih 12 inci.

Bekalan CO2 dan angin termampat disediakan.
Isisemula gas hanya atas dasar bila perlu sahaja.
Isi semula gas persendirian dikenakan cas RM2 setiap isian.
Untuk keadilan pemain amatur, bekalan gas persendirian luar tidak dibenarkan.

Hanya pelet yang dibekalkan oleh urusetia sahaja yang dibenarkan guna.
Pelet tambahan dijual dengan harga RM60 bagi setiap 500 butir (1 peket)
Pod dan harness boleh digunakan bagi tujuan isi semula.

Permainan secara ‘speedball’ di dalam gelanggang dengan kubu buatan.
Untuk penentuan juara, sistem dua peringkat digunakan:
• Liga dalam kumpulan
• Kalah mati.

Tiap kumpulan akan terdiri dari 4 pasukan bermain secara liga.
Pasukan terbaik dalam kumpulan dikira pemenang kumpulan.
Perlawanan Liga Kumpulan akan menggunakan format menawan bendera.
Perlawanan peringkat kedua akan menggunakan format kalah mati
Sistem merit dan demerit diamalkan bagi ketepatan penentuan kemenangan.
Bantahan bersistematik diamalkan.

Hanya minuman untuk pemain disediakan.

Hujan bersekala besar permainan akan ditangguhkan.
Ribut dan keadaan yang tidak mengizinkan, hujan berlarutan, permainan tembak target atau jatuh piring akan dijalankan ikut perbincangan