Thursday, September 23, 2010

Paintball Friendly Tour to JRP

26hb September 2010 bermulalah penjelajahan Gunsmith untuk Paintball Friendly Tour dimulakan dengan team Jahang River Paintball.. Walaupun berbagai dugaan melanda ketika perancangan  agenda ini tetapi kita akan usahakan agar semuanya berjalan lancar.. Kepada ahli Gunsmith yang tak dapat ikut, rugi wooo..

Harus di ingatkan disini tujuan utama kita adakan Paintball Friendly Tour ni adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara player-player paintball di sekitar
Pulau Pinang, Kedah dan Perak.. Bukan untuk cari gaduh atau nak tunjuk siapa kuat.. Bukan jugak sebab nak tunjuk siapa ramping paling laju.. Dalam masa yang sama kita dapat berkongsi-kongsi pengalaman dan pengetahuan tentang sukan paintball dalam aktiviti ini..

InsyaAllah..suatu hari nanti kita juga akan membesarkan lagi penjelajahan sehingga ke wilayah selatan plak.. Kepada sahabat-sahabat diluar sana, harap dapat menyambut kehadiran kami dengan hati yang terbuka.. Tak cukup pellet 1 pack sekotak korang sediakan.. Hahaha..