Saturday, May 29, 2010

Sejarah Paintball

Paintball
pertama telah dihasilkan oleh Syarikat Cat Nelson pada tahun 1950 untuk tujuan penandaan pokok dari jarak jauh. Permainan paintball pertama telah dimainkan oleh dua sahabat di dalam hutan Henniker, New Hampshire dan seterusnya ianya dijadikan satu permainan sukan.

Seramai 12 pemain telah memulakan sejarah permainan paintball pada 27 Jun 1981 dengan menggunakan pistol Nel-Spot 007. Mereka ialah Bob Jones, Ronnie Simpkins, Jerome Gary, Carl Sandquist, Ritchie White, Ken Barrett, Joe Drinon, Bob Carlson, Lionel Atwil, Charles Gaines, Bob Gurnsey, dan Hayes Noel. Permainan mendapatkan bendera atau Survival ini telah diadakan di kawasan berkayu dengan keluasan 80 ekar.

1 comment: